Apa macam praktikal? okey tak?..hmm. Kalau nak cakap ok 2 ok la jg, cuma hari ni sy rasa terkilan sket. Semalam dah kena tegur, ok la kan biasa lah kalau ada buat silap, mestilah ada orang tegur. Tapi siap dengan kritikan teknik kolej yang tak betul [macam teknik dia saja yang betul], sy masih sabar la semalam [sabo jerr laa]. Tapi hari ini telinga ni panas sket la dengar dia brcakap kan..haa..kesian kat kolej sy, pasal dia salah faham dengan sy, kolej sy jadi mangsa. Ini boleh menjejaskan nama kolej..ini yang menyebabkan sy rasa terkilan, frust, stress, n sakit hati ni.
Kritik sy sorg cukup la. Sy tak kisah sy kena kritik, tapi tolonglah jangan libatkan nama kolej sy. Lagi pun hari ini sy dah cuba memperbetulkan keadaan, sy buat balik pencelupan 2 ikut cara dia [teknik dlm hosp. 2]. Tapi disebabkan masa sy bilas slaid tue guna air mengalir yang slow, diungkitnya la balik kesalahan sy dgn kritikan untuk kolej sy skali. Kat kolej , smear kat slaid sy slalu tertanggal sebab guna air mengalir yang kuat, so dah terbiasa guna air slow, nak buat mcm mana kan..mana la sy tau kat situ kena guna air kuat@full blast. Masa tue la dia ambik kesempatan ungkit balik cerita semalam, cakap teknik kolej tak betul.
Tak tau la macam mana nak cakap dengan dia, nak jelaskan perkara sebenar, sebab dia seolah-olah tidak dengar apa yang sy cuba cakap@jelaskan. Bila sy tengok buku prosedur kolej, dalam prosedur tue tulis 'bilas dengan air yang mengalir', mana lah sy tau kena guna air slow atau kuat?..jadi common sense la kan nak guna air slow atau kuat. Kat kolej okey jerr slaid sy x understain & x overstain [sy bukan nak bangga diri taw]. Hal tu pun dia nak kecoh. Memanglah teknik kat kolej tak sama dgn teknik kat hosp.
Teknik kolej tu teknik kolej lah, hospital tu hospital lah..itu pun susah. Klu g hospital lain, teknik yang digunakan pun mungkin berbeza jadi takkan dia nak kata teknik hospital lain tu salah kan??. Setiap teknik berbeza mengikut tempat dan reagen yang digunakan. Pasal air slow pun nak kecoh, besar sangat kah kesalahan menggunakan air slow?
Sekali lagi sy nak cakap yang sy boleh terima teguran dan cuba memperbaiki diri, sy tak kesah ditegur, tapi bila bab-bab melibatkan nama kolej skali, sy memang sensitif. Sy datang praktikal bukan untuk memalukan nama kolej. Pemikiran orang seperti itu boleh menjejaskan nama baik kolej. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi nak biar semua orang salahkan sy kew?
Bila lah ketidakpuasan hati sy akan berakhir..selagi dia tak terima penjelasan kenapa sy buat mcm tu[teknik] dan selagi dia tak faham apa sy cuba sampaikan, Selagi itu lah sy tak puas hati kowt. Sy cuma nak berpraktikal dengan hati yang tenang, bersemangat dan gembira.
Cerr bagi pendapat sket...pendapat anda dihargai..Terima kasih..
Sy doakan pintu hati dia dibuka untuk menerima penjelasan sy dan akan faham dgn apa yang cuba sy sampaikan..Amin...~peace~V
No comments:
Post a Comment