Friday, March 2, 2018

BIZUMER

Welcome to New Era of online business! We call it Bizumer! Business & consumer interface. Click to see my own business website ! https://825701.sahajidahhai-o.com.my

Wednesday, August 31, 2016

KENAPA SAYA?

Bukan mengadu domba dan bukan juga untuk memalukan sesiapa...tetapi..kenapa saya?

Sy ada 1org anak yg 100% tanggungjawap sy, dan 1org lg adik sy 40% tanggungjawap sy.

Sy kerja kerajaan, dan untuk pengetahuan, org yg kerja kerajaan ni bukan org kaya dan takkan jd kaya kecuali org bujang yg tanggung diri sendiri shj/ada kerja sampingan.

Gaji pulak tidak sampai 3K. Ok, tiap bulan bayar insurans sendiri dan anak, bayar PTPTN, bil api, bil celcom postpaid, ASTRO, pengasuh, susu anak, pampers anak, keperluan lain anak. Jumlah semua yg sy kena bayar RM 1.6K ++. Beli barang dapur dalam 1 bulan tu, baki ada lh dlm 50-100, kadang2 habis langsung. Keperluan sy sendiri pun kadang2 sy x mampu untuk beli sbb duit x cukup.

Sy ada buat pengurusan duit tapi kalau dah wajib bayar..tiada apa yg sy boleh lakukan.

Sekarang ni sy untuk membantu diri sendiri, sy 'haramkan' penggunaan duit not RM5. Setiap not RM5 yg sy dapat, sy akan simpan dalam tabung yg xboleh 'dikorek'. Kalau nak korek kena guna pemotong tin. Sy akan cuba buat mcm ni sampai hujung tahun 2016 ni, dan tgk berapa hasil yg sy boleh dapat. Kalau berjaya, tahun depan, buat lg, tapi kena beli tabung baru.

Beli nombor ekor pun belum tentu lg kena, baik simpan duit. Okbye. Cukup2 lh mengeluh dalam ni.

Monday, June 27, 2016

AKHIRNYA...SIGNBOARD DITUKAR.

Akhirnya signboard kuarters ditukar ikut jawatan sy. Seronok untuk seketika sahaja sebab ada juga hamba Allah yang tak baca signboard tu. Sy secara jujurnya cakap yang sy ni "tak guna" dalam apa jua jenis kecemasan pesakit luar (anak sendiri tau lh nk buat apa. kalau orang lain tak berani kot!). Orang ni Kadang-kadang tak tau pun apa tugas kita. Hal-hal kecemasan luar waktu pejabat tiada kaitan dengan sy ok.

Apa-apa pun sy terharu dengan sorang pak cik ni sebab sudi baca dan faham notis sy yg mengatakan dimana harus meminta bantuan.

Nasihat sy, walau apa pun kecemasan anda tolong jangan main serbu jer kuarters orang. Tolong perhatikan dan fahami notis2 yang ada, tak lah anda membuang masa menjerit, membunyikan hon, atau mengetuk pintu bagai nak roboh. Kalau orang tiada dlm rumah tak ke sia2 usaha anda?

Anda ada hal kecemasan dan perlu ke klinik kesihatan yang terdekat? ini yang anda perlu buat:
1) Pergi ke bilik kecemasan, panggil lh misi/jururawat/dresser/doktor.
2) Kalau tiada orang, baca notis kat luar bilik kecemasan. Dalam notis tu ada tulis nama staff yang bertugas, mo telefon dan nombor rumah kuarters (jika ada).
3) Kuarters dekat klinik jer. Cari signboard "penolong pegawai Perubatan". Tak pun korang Call je nombor terlefon kat notis luar bilik kecemasan tu.
4) Kalau nombor 1, 2, dan 3 tak boleh bantu anda sila tekan butang kecemasan selama 1 minit. Butang kecemasan ada kat luar bilik kecemasan jerr. Lepas tu tunggu lh beberapa minit, confirm ada staff datang.

Ok tu je lh nak cakap. Harap dapat membantu.

Saturday, May 21, 2016

Saya Tak Peduli Siapa Anda, Apa Jua Jawatan Dan Status Anda. Bagi Saya Anda Hanya Seorang Pesakit.

Haa ni yang sy tak puas hati ni. Tak tau nak habaq sapa. Sy post ja lah disini untuk tatapan orang2 kat luar sana yang sependapat dengan sy. Mungkin anda yang sedang membaca post ini??
Sebelum tu nk habaq korang semua, sy ni bukan dokter, bukan medical assistance, bukan juga nurses. Ok fine, tapi nk dijadikan cerita, sy ni koje kat klinik kerajaan, dapat pulak rezeki tinggal dalam kuarters kerajaan. Kuarters ni pulak ada signboard 'pembantu perubatan' kat depan.
Mula-mula tinggal sini memang hari-hari orang ketuk rumah di luar office hour sebab emergency. Diorang tak tahu dalam rumah ni tiada dokter, MA atau Nurse. Sy pulak langsung tak tau nk handle kes kecemasan sebab bukan kerja sy.
Minggu seterusnya sy gantung lh notis kat luar rumah yang mengatakan kalau ada kecemasan pergi lh rumah yang dinyatakan. Rasanya notis tu dah jelas. Tapi ada juga hamba allah yang tak baca dan ketuk serta menjerit sesuka hati, tengah malam pulak tu. Kadang-kadang ada yang siap hon kereta atau motor. Kurang hajar betul. Tak tahu lah orang tu tak tahu membaca tulisan melayu atau memang buta huruf. Bila sy atau org rumah tanya boleh baca notis tu dulu atau tidak, baru nk baca, ada yang marah balik. Baru-baru ni pulak, ada sorang yang mengaku ahli panel kawasan ni marah sy sebab suruh baca notis tu. Dah lah awal pagi jerit-jerit depan rumah orang, depan notis tu pulak tu tapi tak reti nak baca, tak kan ahli panel tak tahu baca tulisan melayu? Buat malu saja. Lepas tu marah orang macam nk mengugut orang ja.
Tapi tak kesah lh. Malas baca, tak tahu tulisan melayu, atau buta huruf punya pasal, janji sy dah buat inisiatif untuk bagitau orang lain mana nk cari bantuan bila ada kecemasan dah.

Wednesday, August 12, 2015

TRANSFER ME TO HOSPITAL...PLEASE!

Boleh agak tak, sy nak cakap apa..hmmm..Dah lama tunggu nk pindah tp x pindah pindah lg...Yg berjaya pindah, PPP, JM, PRA..JTMP Bila ye??..dengar kata bulan 9...hmm tunggu dan lihat saja lh.

Kalau lh sy berjaya pindah kan, sy harap blh dapat hospital, xlh jd multipurpose mcm skg ni. Penat gilos..bukan x bersyukur, tapi keadaan tidak memberangsangkan..

Sy tak suka buat banyak kerja dalam satu masa..Kejap buat ini kejap buat itu..yang ni, yg ni lh..Yg tu, yg tu lh..buat satu kerja cukup lh..nasib org kerja di KK mcm ni lh..try kerja di hosp. plk..