Akhirnya signboard kuarters ditukar ikut jawatan sy. Seronok untuk seketika sahaja sebab ada juga hamba Allah yang tak baca signboard tu. Sy secara jujurnya cakap yang sy ni "tak guna" dalam apa jua jenis kecemasan pesakit luar (anak sendiri tau lh nk buat apa. kalau orang lain tak berani kot!). Orang ni Kadang-kadang tak tau pun apa tugas kita. Hal-hal kecemasan luar waktu pejabat tiada kaitan dengan sy ok.
Apa-apa pun sy terharu dengan sorang pak cik ni sebab sudi baca dan faham notis sy yg mengatakan dimana harus meminta bantuan.
Nasihat sy, walau apa pun kecemasan anda tolong jangan main serbu jer kuarters orang. Tolong perhatikan dan fahami notis2 yang ada, tak lah anda membuang masa menjerit, membunyikan hon, atau mengetuk pintu bagai nak roboh. Kalau orang tiada dlm rumah tak ke sia2 usaha anda?
Anda ada hal kecemasan dan perlu ke klinik kesihatan yang terdekat? ini yang anda perlu buat:
1) Pergi ke bilik kecemasan, panggil lh misi/jururawat/dresser/doktor.
2) Kalau tiada orang, baca notis kat luar bilik kecemasan. Dalam notis tu ada tulis nama staff yang bertugas, mo telefon dan nombor rumah kuarters (jika ada).
3) Kuarters dekat klinik jer. Cari signboard "penolong pegawai Perubatan". Tak pun korang Call je nombor terlefon kat notis luar bilik kecemasan tu.
4) Kalau nombor 1, 2, dan 3 tak boleh bantu anda sila tekan butang kecemasan selama 1 minit. Butang kecemasan ada kat luar bilik kecemasan jerr. Lepas tu tunggu lh beberapa minit, confirm ada staff datang.
Ok tu je lh nak cakap. Harap dapat membantu.