Praktikal dalam makmal dadah?? komen??..sangat best...ingatkan semua ujian kena pakai mesin..ada juga manual. Dalam makmal ni, screening guna Dimension Xpand Plus, mesin yang guna teknik immunoassay. Mesin ni boleh buat banyak test, tapi dalam makmal dadah ujian yang dijalankan adalah screening untuk opiat dan THC (cannabis) sahaja. Ujian pengesahan pula ialah Thin liquid chromatography (TLC). TLC dijalankan secara manual, dan bahan uji disediakan sendiri. Rasa best ada pengalaman sediakan sendiri bahan-bahan ini, sebab kat kolej, sy tak pernah sediakan semua ni. Tambahan lagi, sy buat skali drug extraction tu. Sy berasa amat bangga..hahaha.
Ok lah, mesti ada yang tertanya-tanya mcm mna buat semua tu. So sy akan beritahu satu persatu, walaupun sebenarnya korang boleh google jerr. [Sharing is caring]
TLC dalam makmal dadah ni pulak terbahagi kepada dua prosedur. Satu prosedur untuk morphine extraction, satu lagi prosedur untuk cannabis extraction (THC extraction).
TLC Morphine:
Reagen- 50% HCL
- Extraction Solvent [1:9, Isopropanol:Chloroform]
-Tris Buffer pH 7.2
-10M KOH
Prosedur:
Positif Morfin- Band warna biru terhasil
Negatif Morfin-Tiada band warna biru
TLC THC (cannabis):
Reagen: -10M KOH
-Buffer Fosfat
-0.2N NaOH
-3N HCl
-Extraction solvent (1:6, Ethyl acetate: Hexane)

- Masukkan 10ml urin ke dalam tiub plastik yang bersaiz besar, kemudian tambahkan dengan 1ml 50% HCl. Sebatikan.
- Masukkan dalam boiling bath dan biarkan selama 30 minit.
- Sejukkan dan tambah 10ml extraction solvent. Sebatikan.
- Empar selama 3 minit, pada 1500rpm.
- Ambil lapisan atas sebanyak 10ml, dan masukkan kedalam tiub plastik yang baru.
- Tambah Tris buffer sebanyak 2ml, kemudian tentukan pH pada pH 8.5-9.5 dengan menggunakan 10M KOH (lebih kurang 500ul). Sebatikan.
- Tambah 10ml extraction solvent. Sebatikan dengan sempurna.
- Empar selama 3 minit pada kelajuan 1500rpm.
- Buang lapisan atas (debris/kotoran).
- Lapisan bawah dituras kemudian dikeringkan sehingga menjadi serbuk.
- Larutkan serbuk dengan 25ul methanol. Sebatikan.
- Gunakan tiub kapilari untuk menyedut larutan tersebut dan titiskan atas kertas kromatografi (TLC silica gel 60).
- Keringkan, kemudian spray dengan larutan iodoplatinate.
Positif Morfin- Band warna biru terhasil
Negatif Morfin-Tiada band warna biru
TLC THC (cannabis):
Reagen: -10M KOH
-Buffer Fosfat
-0.2N NaOH
-3N HCl
-Extraction solvent (1:6, Ethyl acetate: Hexane)
Prosedur:
- Masukkan 10ml urin dalam tiub kaca Quickfit, dan tambahkan dengan 1ml 10M KOH. Sebatikan.
- Eram dalam waterbath 60̊C selama 30 minit.
- Sejukkan dan tambah 1ml buffer fosfat. Sebatikan.
- Tambahkan dengan 10mL 0.2N NaOH. Sebatikan.
- Tentukan pH sehingga pH 2-3 dengan menggunkan 3N HCL.
- Tambah 10ml extraction solvent. Sebatikan dengan sempurna.
- Ambil lapisan atas, dan masukkan ke dalam tiub kaca saiz kecil yang baru.
- Keringkan sehingga menjadi serbuk.
- Larutkan dengan extraction solvent sebanyak 25-45ul.
- Gunakan tiub kapilari untuk menyedut larutan tersebut dan titiskan atas kertas kromatografi (TLC silica gel 60).
- Keringkan, kemudian spray dengan larutan Fast Blue BB salt yang disediakan fresh.
THC positif- band warna merah jambu terhasil
THC negatif-Tiada band berwarna merah jambu terhasil.
Setelah sebulan berpraktikal dalam makmal patologi kimia, makmal dadah adalah tempat yang paling best. Walaupun skg sy masih dalam proses menyesuaikan diri..:)
Banyak benda baru yang sy pelajari, seperti teknik-teknik yang hanya diketahui oleh staff-staff lama yang banyak pengalaman. Terima kasih kepada staff-staff yang sudi berkongsi ilmu serta pengalaman dengan kami.
| Spesimen urin: Kes Polis |
| TLC |
| QC |
| Dimension Xpand Plus: Immunoassay |