Thursday, July 26, 2012

FIRST COME FIRST SERVE

Ni lagi satu hal yang sy confius ni..first come first serve..siapa setuju hal ni? sy yakin 99.9% orang akan setuju. Yang datang first la yang kena serve dulu, dia pun tunggu, yang sorang lg baru datang kena tunggu la jg..sabar laa. Biar urusan dgn yg first habis, bru serve orang yang kedua. Itu pun mau marah kah? Ini marah sy pulak tak dengar order dia. Sy bukan serve org yg first tu sampai 1 jam. 3minit ja, itu pun dia boleh hilang sabar dgn sy..?? 
Dah tu marah sy lagi..eishh, sy blm selesai dgn makcik sorg tu, sorg makcik lagi salah faham dengan sy. Sy kena duduk mana skg??
Eishh..touching larr...mcm2 pulak yang terjadi sejak kebelakangan ini. Cara dia langsung tidak profesional. Pas tu dia tuduh pulak sy dah banyak kali ignore arahan dia..amboi amboi amboi..sedapnya dia menuduh..baru ignore skali, dia tuduh sy dah byk kali ignore???? Excuse me, sy baru hari ni g kaunter tu tau, hari2 sebelum ni sy kat manual test. Dia melekat kat komputer kaunter & sy melekat kat seksyen manual test, Bila masa la plk dia ada brckp dgn sy???. Mcm sy post comment kat fb laa, ppn ni makin tua makin sensitif, that old lady is very sensitive!..
Sy pasti dia marah sy tadi, dan bukan menegur. Kalau menegur, intonasi menegur tu boleh diterima, kalau sy dah banyak kali buat salah dan dia blk2 tegur n sy x dgr, tak apa la jg dia marah kan. Tapi ini sy rasa baru first time. Emo btl la makcik tu.
Dia boleh cakap macam tu dan lupakan segala pertolongan yang sy buat untuk dia??..Bila semua pelatih sedang sembang dan tiada yang menoleh untuk dengar dan tolong dia bila dia sedang bercakap, sy satu-satunya org yg akan tolong dia. Sy dah banyak kali tolong dia...takkan sy first time ignore dia hari ni, dia terus cakap yg bukan2.
Kenapa dia buat mcm 2?? apa masaalah dia dgn sy?? Bayangkanlah, sy pelatih yg paling byk tolong dia bila semua org buat bdh, kemudian tiba2 dia boleh ckp mcm 2. Atau dia memang tak perasan yg sy lah org yg selalu tlg dia?? upset upset...
Sy sangat kecewa dengan sikap orang yang macam ni. Malas lah jadi budak baik yang rajin. Satu usaha sy pun tidak dihargai dan diingati...~mood touching~

Wednesday, July 25, 2012

SALAH FAHAM SEMASA BERPRAKTIKAL

Apa macam praktikal? okey tak?..hmm. Kalau nak cakap ok 2 ok la jg, cuma hari ni sy rasa terkilan sket. Semalam dah kena tegur, ok la kan biasa lah kalau ada buat silap, mestilah ada orang tegur. Tapi siap dengan  kritikan teknik kolej yang tak betul [macam teknik dia saja yang betul], sy masih sabar la semalam [sabo jerr laa]. Tapi hari ini telinga ni panas sket la dengar dia brcakap kan..haa..kesian kat kolej sy, pasal dia salah faham dengan sy, kolej sy jadi mangsa. Ini boleh menjejaskan nama kolej..ini yang menyebabkan sy rasa terkilan, frust, stress, n sakit hati ni.
 Kritik sy sorg cukup la. Sy tak kisah sy kena kritik, tapi tolonglah jangan libatkan nama kolej sy. Lagi pun hari ini sy dah cuba memperbetulkan keadaan, sy buat balik pencelupan 2 ikut cara dia [teknik dlm hosp. 2]. Tapi disebabkan masa sy bilas slaid tue guna air mengalir yang slow, diungkitnya la balik kesalahan sy dgn kritikan untuk kolej sy skali. Kat kolej , smear kat slaid sy slalu tertanggal sebab guna air mengalir yang kuat, so dah terbiasa guna air slow, nak buat mcm mana kan..mana la sy tau kat situ kena guna air kuat@full blast. Masa tue la dia ambik kesempatan ungkit balik cerita semalam, cakap teknik kolej tak betul. 
Tak tau la macam mana nak cakap dengan dia, nak jelaskan perkara sebenar, sebab dia seolah-olah tidak dengar apa yang sy cuba cakap@jelaskan. Bila sy tengok buku prosedur kolej, dalam prosedur tue tulis 'bilas dengan air yang mengalir', mana lah sy tau kena guna air slow atau kuat?..jadi common sense la kan nak guna air slow atau kuat. Kat kolej okey jerr slaid sy x understain & x overstain [sy bukan nak bangga diri taw]. Hal tu pun dia nak kecoh. Memanglah teknik kat kolej tak sama dgn teknik kat hosp. 
Teknik kolej tu teknik kolej lah, hospital tu hospital lah..itu pun susah. Klu g hospital lain, teknik yang digunakan pun mungkin berbeza jadi takkan dia nak kata teknik hospital lain tu salah kan??. Setiap teknik berbeza mengikut tempat dan reagen yang digunakan. Pasal air slow pun nak kecoh, besar sangat kah kesalahan menggunakan air slow? 
Sekali lagi sy nak cakap yang sy boleh terima teguran dan cuba memperbaiki diri, sy tak kesah ditegur, tapi bila bab-bab melibatkan nama kolej skali, sy memang sensitif. Sy datang praktikal bukan untuk memalukan nama kolej. Pemikiran orang seperti itu boleh menjejaskan nama baik kolej. Bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Jadi nak biar semua orang salahkan sy kew?
Bila lah ketidakpuasan hati sy akan berakhir..selagi dia tak terima penjelasan kenapa sy buat mcm tu[teknik] dan selagi dia tak faham apa sy cuba sampaikan, Selagi itu lah sy tak puas hati kowt. Sy cuma nak berpraktikal dengan hati yang tenang, bersemangat dan gembira.
Cerr bagi pendapat sket...pendapat anda dihargai..Terima kasih..
Sy doakan pintu hati dia dibuka untuk menerima penjelasan sy dan akan faham dgn apa yang cuba sy sampaikan..Amin...~peace~V

Friday, July 20, 2012

RUTIN HARIAN BERPRAKTIKAL

Hari ini hari ke 18 saya berpraktikal di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak (HRPB). Rutin harian pertama ialah Punchcard..haha. Sepanjang masa saya berpraktikal, buat masa ni belum ada sebarang masaalah lagi. Cuma, biasa la kan, budak baru belajar, selalu silap jg, sudah nama pun praktikal kan.
Best sangat praktikal sini. Staff pun, kebanyakkanya okeylah, taklah garang sangat, tak sombong sangat. Boleh bergurau senda, tidak serius setiap masa, kerja tetap kerja, masa lapang bersembang lah. Paling tidak pun, pinjam buku SOP pas tu copy paste manual..haha.
Setiap hari jumaat ada CME. Setakat ni, saya belum lagi kena suruh buat presentation..selamat.
Apa yang terjadi pada hari ini selepas CME adalah sangat lawak. CME habis awal dan semua orang berkumpul dekat locker, tiba-tiba sorang cakap Hj. M datang, saya cabut awal. Bila saya tengok belakang semua orang sedang bertempiaran lari..hahaha...~peace~
Perkara lain--->happy kenal kawan baru...hehe..terima kasih kerana berkawan dengan saya..