Wednesday, January 22, 2014

MEMBACA NOVEL ADALAH CARA SAYA MEMPERCEPATKAN MASA

Hi kawan-kawan. Sudah lama saya tidak mencoretkan kisah saya di halaman ini lantaran kesibukan akhir semester yang sudah pun berlalu dengan jayanya. Syukur kepada Tuhan sy berjaya mengekalkan pointer dan CGPA saya dari awal semester sehinggalah ke akhirnya. Di masa ini dan sekarang ini, sudah genaplah 37 hari saya meninggalkan kolej. Terasa rindu akan suasana di kolej.


OK lupakan tentang kolej buat masa sekarang. Sebenarnya saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan tentang novel. Berapa ramaikah diantara anda semua suka membaca novel? Saya adalah peminat novel dari dulu hingga sekarang ini. Di kampung saya di Sabah sahaja sudah banyak dan memenuhi rak buku, apa lagi di rumah saya sekarang ini (Lumut, Perak). Walaupun saya membeli banyak novel, bukan semua novel saya ada. Haah? macam mana tue?..Maksudnya, saya cuma membeli novel yang menarik perhatian saya. Novel wajib yang saya akan pasti beli ialah novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Murshid. Saya amat meminati karya beliau. Genre thriller dan ada sedikit unsur penyiasatan dan juga fiksyen. Wow!..haha..Satu lagi penulis yang memang saya suka sangat karya beliau ialah Siti Nur Dhuha. Gelak sorang kalau baca novel beliau terutamanya novel yang bertajuk "My Love  Is Playgirl".

http://www.bukuprima.com.my/prodDetails.asp?idpr=439


Bila ada masa terluang, selain daripada melayari internet, novel lah yang akan menyelamatkan saya daripada dilanda kebosanan melampau. Apabila saya membaca novel, saya tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Nak mandi pun rasa malas sebab nak habiskan novel tue. Bila membaca malam pulak tak sedar dah pagi..eh?jam 1:00A.M tue pagi la kan..hehe..


Memang cepat lah masa berlalu kalau membaca novel. Selain daripada novel yang dibeli dari kedai, sy juga membaca novel dalam internet. Tapi biasanya novel dalam internet saya baca yang berbahasa inggeris, sebab susah untuk mendapatkan full view. Kalau novel melayu, novel melayu cuma ada preview je. Tak tau lah kalau saya ni yang tak pandai mencari. Haha. Kalau dah tak ada bajet nak beli novel, internet lah jawapnya. Free jerr..kalau tak dapat baca novel, cerpen pun jadi lah.


Apa-apa lah kan..Bukan novel sahaja yang dapat mempercepatkan masa, main game pun boleh, contohnya game kesukaan ramai iaitu Candy Crush! Anda ada cara yang lebih menarik untuk mempercepatkan masa?? Jom kongsikan bersama saya..